Enam lelaki ditahan disyaki rogol pelajar

Mior Faridalathrash Wahid
Mior Faridalathrash Wahid
A
A
A

IPOH - Polis menahan enam lelaki termasuk remaja selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan dalam kejadian di sini, Isnin lepas.

Kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh pada Rabu selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan laporan dibuat itu, mangsa berusia 16 tahun dijumpai dalam keadaan terbaring dan khayal di sebuah rumah di Panorama Lapangan Terbang.

Beliau berkata, gadis itu kemudiaan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum mendapati mangsa telah dirogol.

"Hasil siasatan awal dijalankan, didapati mangsa ada berkenalan dengan seorang daripada suspek. Hasil perkenalan itu, dia telah dibawa ke sebuah hotel di Pekan Baru.

"Mangsa kemudian dipercayai telah ditinggalkan di sebuah rumah flat sebelum dijumpai ibunya dalam keadaan separuh sedar," katanya kepada pemberita, pada Jumaat.

Beliau berkata, semua suspek direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: