Bayi maut jatuh eskalator

A
A
A

BEIJING - CHINA . Seorang bayi berusia tiga atau empat bulan terbunuh selepas terjatuh dari eskalator tingkat tiga yang sedang bergerak di sebuah pusat beli belah, di Dongguan dekat selatan negara itu.

Kejadian berlaku apabila ibu mangsa secara tidak sengaja menjatuhkan mangsa yang ketika itu berada dalam dukungan selepas gagal mengawal keseimbangan badan.

Menerusi rakaman CCTV, wanita itu dilihat mendukung anaknya pada lengan kiri dan sejurus melangkah ke eskalator, dia gagal berdiri dengan stabil hingga menyebabkan bayi tersebut terlepas dari dukungan.

Media tempatan melaporkan, wanita tersebut bersama bayi dan anak sulungnya baru sahaja selesai makan tengah hari di sebuah restoran.

“Selepas bayinya terjatuh, wanita itu bersama anak sulung berlari ke tingkat bawah dan menemui mangsa di ruang tengah pusat beli belah berkenaan.

“Bapa bayi bergegas ke tempat kejadian, namun anaknya disahkan meninggal dunia,” lapor media tempatan. - Daily Mail

Artikel Berkaitan: