72 graduan SAC dirai

Iffah Syazwani (tengah) menerima ucapan tahniah rakan-rakannya selepas menerima anugerah perdana pada majlis konvoksyen itu
Iffah Syazwani (tengah) menerima ucapan tahniah rakan-rakannya selepas menerima anugerah perdana pada majlis konvoksyen itu
A
A
A

ALOR GAJAH - Seramai 72 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Sri Ayu College dan SAC Skill Institute di A'Famosa Resort, di sini, semalam.

Mereka termasuklah kalangan graduan program Diploma Pentadbiran Perniagaan, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2,Pengurusan Pejabat; dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, Eksekutif Korporat Setiausaha.

Perasmian majlis dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga ADUN Repah, S Veerapan.

Hadir sama, Ketua Ahli Majlis Daerah Tampin, Negeri Sembilan, Abd Latif A.Tambi; Ahli Lembaga Pengataj Sri Ayu Collage (SAC) dan SAC Skills Institute, Mohd Jafrey Moideen Kutty dan Ketua Eksekutif SAC dan SAC Skills Institute, Salina Kadirun.'

Sebahagian graduan sijil kemahiran Malaysia yang berjaya menamatkan penganjian mereka di kolej tersebut.
Sebahagian graduan sijil kemahiran Malaysia yang berjaya menamatkan penganjian mereka di kolej tersebut.

Sementara itu, Salina dalam ucapannya berkata, berteraskan moto 'Ilmu Asas Maju' dan 'Memperkasakan Kemahiran Tenaga Mahir Malaysia' menjadikan institut itu terus bergerak secara agresif dan proaktif bagi menuju sebuah kolej yang berkualiti dan melahirkan lebih ramai graduan yang mampu berdaya saing dan kompetatif dalam dunia globalisasi.

Menurutnya, pihaknya juga begitu komited menawarkan program pengajian yang terbukti mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran perniagaan, pendidikan awal kanak-kanak, perakaunan dan sebagainya.

"Lebih penting kesemua bidang yang disediakan itu mendapat akreditasi dan pentauliahan dari agensi dan jabatan yang berkepentingan.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang diharapkan graduan kali ini dapat memainkan peranan yang berkesan dalam masyarakat, serta sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing dalam bidang yang diceburi," katanya.

Pada majlis itu, turut disampaikan Anugerah Perdana kepada pelajar graduan Diploma Pentadbiran Perniagaan, Iffah Syazwani Mohd Zahir, dua penerima Anugerah Ketua Eksekutif iaitu pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (Pengurusan Pejabat), Nur Sa'adah Kamal Darul Ariff dan pelajar Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Eksekutif Korporat Setiausaha), Mohamad Faiz Md Jumaty, manakala 10 graduan dipilih penerima Anugerah Ketua Eksekutif.

Empat graduan Diploma Pentadbiran Perniagaan tidak ketinggalan bergambar selepas tamat majlis konvokesyen itu.
Empat graduan Diploma Pentadbiran Perniagaan tidak ketinggalan bergambar selepas tamat majlis konvokesyen itu.

Sementara itu, Iffah Syazwani berkata, suasana kolej yang kondusif selain tenaga pengajar yang begitu mengambil berat antara rahsia dia sering mendapat keputusan cemerlang setiap semester sehingga dipilih sebagai anugerah perdana pada kali ini.

Menurutnya, selain berkat doa ibu bapa, dia yang berasal dari Johor mengakui sering mengamalkan membuat nota ringkas sebagai persediaan menghadapi peperiksaan dan tidak malu bertanya kepada pensyarah sekiranya kurang memahami sesuatu ilmu.

Iffah syazwani, berkongsi kejayaan bersama bapanya, Mohd Zahir Lamsah dan adik beradik yang selepas menerima dua anugerah pada majlis yang diadakan di A'Famosa Resort, Alor Gajah.
Iffah syazwani, berkongsi kejayaan bersama bapanya, Mohd Zahir Lamsah dan adik beradik yang selepas menerima dua anugerah pada majlis yang diadakan di A'Famosa Resort, Alor Gajah.

"Zaman yang moden ini, saya bukan sahaja berjumpa dengan pensyarah di kolej, namun di luar kolej akan menggunakan sistem pesanan ringkas, WhatsApp untuk bertanya soalan mengenai pelajaran dan pensyarah akan berusaha membantu segera yang mungkin.

"Lagipun di kolej ini, pelajar tidak ramai, dan lebih mudah untuk kita berikan tumpuan dalam kelas, begitu juga pensyarah mudah berkomunikasi dengan kami," katanya yang berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah kelak.

Bagi Mohamad Faiz, kesusahan keluarganya menjadi perangsang untuk meneruskan pengajian selama setahun di kolej berkenaan walaupun pernah berdepan dengan masalah kewangan.

Mohamad Faiz (tengah) gembira selepas Anugerah Ketua Eksekutif.
Mohamad Faiz (tengah) gembira selepas Anugerah Ketua Eksekutif.

Menurutnya, sebagai anak kepada seorang pesawah padi, sudah tentu kejayaan itu akan menjadi contoh dan momentum kepada adik-adiknya yang lain untuk sama-sama mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diminati.

"Walaupun kolej ini jaraknya jauh dari rumah saya di Pasir Puteh, Kelantan namun ia mempunyai kelulusan dan diiktiraf pihak berkenaan dan tidak perlu bimbang ditipu.

"Saya harap akan cepat mendapat pekerjaan dalam bidang berkaitan untuk membantu keluarga," katanya.

Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPMV yang berminat boleh menghubungi bahagian pendaftaran pelajar Muhamad 013 6036113 atau Norlida 012 3262658 untuk mendapatkan maklumat lanjut.