X

Kindly register in order to view this article
!

Wakil UMNO Johor,Datuk Ramlee Bohani ketika ditemu bual mengenai pegawai SPR yang menggangu mesyuarat penyelerasan UMNO Johor di kampung Kuala Sawah. -Foto Adam Amir Hamzah Gambar kiri, video yang tular di Facebook
A
A

SEREMBAN - Mesyuarat penyelarasan PRK DUN Rantau yang diadakan di rumah UMNO Johor di Kampung Kuala Sawah di sini, semalam, 'terganggu' dengan kehadiran dua pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pegawai berkenaan mendakwa mesyuarat yang dihadiri seramai 80 jentera UMNO itu diadakan tanpa permit selain menggunakan pembesar suara.

Video insiden itu tular di media sosial dan Sinar Harian mendapatkan sendiri penjelasan daripada Wakil UMNO Johor, Datuk Ramlee Bohani menerusi temu bual eksklusif di rumah UMNO Johor.

Menceritakan insiden itu, beliau berkata, wakil SPR itu yang tiba lebih kurang jam 9.30 malam bertanya mengenai permit mesyuarat diadakan.

"Saya kata kami bukan buat ceramah, tapi mesyuarat. Mereka kata mesyuarat pun perlu permit.

"Saya minta mereka nyatakan peraturan Akta Pilihan Raya mana yang disebut perlu ada permit untuk buat mesyuarat. Tapi, mereka tak dapat jawab dan kemudian beredar," katanya.

Beliau berkata, SPR sepatutnya memastikan pegawai mereka yang bertugas tahu undang-undang dan peraturan perjalanan proses pilihan raya.

Tambahnya, ia bagi memastikan tidak timbul perbalahan dan rasa kurang senang antara jentera parti.

"SPR harus ambil berat perkara ini supaya tak berulang lagi. Sedangkan nak kempen dari rumah ke rumah pun tak perlu permit, inikan pula mesyuarat.

"Walaupun kesal dengan insiden itu, tapi tak patahkan semangat kami untuk teruskan mesyuarat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!