Presiden Algeria dijangka letak jawatan

Presiden Bouteflika dilapor akan meletak jawatan sebelum mandat beliau tamat akhir bulan ini.
Presiden Bouteflika dilapor akan meletak jawatan sebelum mandat beliau tamat akhir bulan ini.
A
A
A

ALGIERS - ALGERIA. Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika dilapor akan meletak jawatan sebelum mandat beliau tamat akhir bulan ini.

Menurut kenyataan pejabat Bouteflika, presiden berkenaan akan melepaskan jawatan sebelum 28 April ini bagi melaksanakan beberapa langkah memastikan institusi negara terus berfungsi ketika proses peralihan kuasa berjalan.

Sebelum ini, pemimpin berusia 82 tahun yang jarang kelihatan di khalayak umum sejak mengalami strok pada tahun 2013 itu, berdepan protes rakyat ekoran keputusan untuk terus memegang jawatan presiden.

Keputusan Bouteflika menarik diri daripada persaingan dan menangguhkan tarikh pilihan raya dilihat gagal meredakan kemarahan rakyat yang terus mengadakan protes besar-besaran seluruh negara.

Menurut Ketua Kakitangan Pasukan Tentera Jeneral Ahmed Gaid Salah, Presiden Bouteflika seharusnya meletak jawatan atau diisytihar tidak layak daripada segi kesihatan untuk mengendalikan negara.

Sementara itu, mengikut perlembagaan Algeria, sebaik menerima peletakan jawatan presiden, speaker Dewan Negara, Abdelkader Bensalah akan memangku jawatan tersebut selama 90 hari, dan pilihan raya umum harus dijalankan dalam tempoh terbabit. - AFP

Artikel Berkaitan: