Persona insan bernama Syed Saddiq

Syed Saddiq ketika bercakap dalam program Bicara Minda Sinar Harian, semalam.
Syed Saddiq ketika bercakap dalam program Bicara Minda Sinar Harian, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau akan meneruskan 'gaya bersahaja beliau dalam memimpin kementerian itu'.

Kata Syed Saddiq, beliau selesa dengan gaya tidak formal dan dengan cara itu, beliau mudah mendampingi anak muda.

"Saya ingatkan diri saya kenapa masuk politik iaitu saya nak perjuangkan apa yang saya percaya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan moderator Tan Sri Johan Jaafar ketika bertanya apa yang beliau rasakan mengenai misteri persona dirinya.

Dalam pada itu ketika ditanya sama ada beliau menghadapi tekanan setelah menjawat jawatan menteri ketika berusia muda, Syed Saddiq berkata, tekanan memang ada tetapi beliau mahu membuktikan sesuatu di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

"Hati di tempat betul, Insya-ALLAH jadi lancar.

"Saya mahu sahut cabaran, nak buktikan kepada masyarakat Malaysia lantikan ini merupakan suatu yang positif ," katanya.

Artikel Berkaitan: