X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Streram berjanji akan bekerja untuk rakyat

Dr S Streram mendengar aduan dari sebahagian penduduk ketika turun berkempen di sekitar Kampung Limsum hari ini. -Foto Bernama
A
A

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram berjanji untuk berkhidmat sebagai wakil kerajaan di negeri dan pusat sekiranya berjaya memenangi PRK DUN Rantau kali ini.

Katanya, keperluan dan kehendak rakyat juga akan menjadi keutamaan beliau nanti.

"Berilah saya peluang untuk jadi ADUN di Rantau. Saya akan bekerja untuk rakyat. Pastikan semua kemudahan untuk penduduk di dipenuhi dan selesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum di Bilik Gerakan Utama Bandar Ekar, di sini, malam ini.

Hadir sama Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Katanya lagi, sebelum ini juga beliau telah menjalin hubungan dengan penduduk di DUN Rantau atas kapasiti sebagai doktor yang merawat pesakit.

"Apabila pesakit yang datang mendapatkan rawatan saya mendengar masalah yang dihadapi mereka. Jadi, saya faham isu yang timbul melibatkan penduduk tempatan di sini (DUN Rantau)," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus