PH takkan biar BN skor hatrik: Saifuddin Nasution

Ceramah di Bilik Gerakan Umum Bandar Ekar, di sini, malam ini. - Foto Sinar Harian
Ceramah di Bilik Gerakan Umum Bandar Ekar, di sini, malam ini. - Foto Sinar Harian
A
A
A
SEREMBAN - PH tidak akan membiarkan BN menang buat kali ketiga atau hatrik di PRK DUN Rantau.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, sehubungan itu PH perlu memastikan kemenangan calonnya, Dr S Streram.

"Kita tahu apa pun keputusan takkan ubah kedudukan kerajaan. Tapi kalau menang ia juga akan bantu PH memperlahankan, tarik brek mengejut selepas BN menang PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

"Mereka nak skor hatrik, soal kita menang di PRK Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong mereka tak kira. Tak boleh, jangan sampai mereka skor hatrik," katanya dalam ceramah di Bilik Gerakan Umum Bandar Ekar, di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Saifuddin mempersoalkan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang sehingga kini tidak mengisytiharkan harta.

"Orang selalu bandingkan Tok Mat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Tapi ada satu orang tak pandang iaitu Aminuddin sebelum PRU14 dah isytihar harta melalui Invoke.

'"Beliau dah umum berapa wang tunai, aset dan semua maklumat ini boleh baca di laman web. Tapi siapa tahu harta Tok Mat banyak mana?,"

katanya.

Artikel Berkaitan: