Prosiding kes Najib tidak boleh siar secara langsung

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebelum ini. -Foto Bernama
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebelum ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bermula Rabu ini, tidak boleh disiar secara langsung.

Ini berikutan kenyataan Ketua Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang menyatakan kes perbicaraan di mahkamah tidak boleh disiarkan secara langsung atau dirakamkan oleh mana-mana media.

”Tiada perbicaraan di mana-mana mahkamah dibenarkan disiarkan secara langsung melalui mana-mana media​​​​​​​ atau dibenarkan untuk dirakamkan,”demikian menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan. hari ini.

Dilaporkan ​​​​​​​satu petisyen dalam talian oleh rakyat Malaysia dilancarkan bagi meminta kes perbicaraan Najib berkaitan SRC International disiarkan secara langsung di televisyen.

Semalam, Najib menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya, berkata beliau menyokong perbicaraan bermula Rabu ini disiarkan secara langsung kerana rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran kesnya itu. Pada 4 Julai 2018, Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mustahil prosiding perbicaraan kes Najib disiarkan secara langsung

Pada 8 Ogos 2018, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama daripada dana serupa.

Bagaimanapun, Anggota Parlimen Pekan itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut. -Bernama

Artikel Berkaitan: