Rahsiakan kehamilan bersebab

Che Puan Juliana Evans
Che Puan Juliana Evans
A
A
A

BEBERAPA hari lalu, pelakon berdarah kacukan, Che Puan Juliana Evans berkongsi berita kehamilannya kepada peminat.

Bagaimanapun ketika ditemui semasa tayangan filem Bella & Jamie akhir Januari lalu, selebriti berusia 29 tahun ini hanya memberitahu sudah bersedia menimang cahaya mata dan tidak mendedahkan kehamilannya.

Menjelaskan keputusannya merahsiakan berita gembira itu, Juliana ketika ditemui pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlangsung malam Sabtu lalu berkata, dia berbuat begitu kerana bersebab.

"Saya rahsiakan kerana mendapat nasihat agar tidak memberitahu orang ketika awal kehamilan, lebih lagi semasa tiga bulan pertama usia kandungan kerana macam-macam boleh jadi.

"Jadi saya rasa sekarang masa yang sesuai untuk maklumkan berita ini," ujarnya seperti dilaporkan mStar Online.

Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat DiRaja Selangor dan Johor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj dijangka bakal menimang cahaya mata Jun depan.

Berkongsi pengalaman hamil anak pertama ini, Juliana memberitahu, dia hanya berdepan alahan ketika awal kehamilan sahaja.

"Alhamdulillah saya tak alami alahan teruk, hanya ketika bulan pertama dan kedua sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap kami dikurniakan anak perempuan kerana baik di sebelah saya dan suami, sudah ramai saudara lelaki," jelasnya.

Juliana dan Tengku Shariffuddin mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.

SUMBER : mStar Online