Kereta rempuh kedai serbaneka stesen minyak

Kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 57 tahun merempuh sebuah kedai serbaneka di stesen minyak.
Kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 57 tahun merempuh sebuah kedai serbaneka di stesen minyak.
A
A
A

MELAKA - Orang ramai yang berada di sebuah premis stesen minyak di Bukit Rambai di sini dikejutkan dengan insiden sebuah kereta merempuh kedai serbaneka premis itu pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu berlaku apabila pemandu kereta jenis Proton Saga berusia 57 tahun secara tiba-tiba tertekan pedal minyak selepas beberapa minit selesai mengisi minyak.

Menurutnya, pemandu lelaki yang beralamat di Taman Bukit Rambai itu telah hilang kawalan lalu merempuh cermin kaca kedai serbaneka tersebut.

Sebuah kereta merempuh kedai serbaneka premis itu di Bukit Rambai.
Sebuah kereta merempuh kedai serbaneka premis itu di Bukit Rambai.

"Kereta terbabit melanggar empat keping panel cermin kedai.

"Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Tambahnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian telah diperolehi daripada pemilik premis itu dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.