Covid-19: 3,080 kes baharu, 10 kematian direkod

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jangkitan harian Covid-19 merekodkan 3,080 kes baharu dan 10 kematian pada Isnin.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, ia membabitkan 3,079 kes penularan tempatan dan satu kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 4,588,222 kes dan 35,862 kematian.

Sehingga tengah malam Isnin, sebanyak 42,185 kes aktif Covid-19 dilaporkan termasuk 57 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 37 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 40,622 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 34 kes atau 0.1 peratus dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,472 orang atau 4.1 peratus dirawat di hospital.

Seramai 3,399 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan pada Isnin menjadikan keseluruhannya kekal 7,026 kluster, dengan 11 daripadanya masih aktif.