Hakisan tanah risaukan penduduk

Mohd Khairuddin meninjau kawasan dilanda hakisan dengan bot bersama Md Fauzi.
Mohd Khairuddin meninjau kawasan dilanda hakisan dengan bot bersama Md Fauzi.
A
A
A

KUALA NERUS - Masalah hakisan tanah dan runtuhan tebing sungai sepanjang 2.5 kilometer di Tanjung Sabtu yang membimbangkan penduduk kampung berkenaan mendapat perhatian wakil rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, melihat kepada keadaan hakisan yang semakin teruk, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.

"Pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus akan mengambil tindakan segera dan akan mengambil pandangan pihak berwajib seperti Pihak Pusat Khidmat DUN Buluh Gading.

"Kita juga akan merujuk Jabatan Penyelenggaraan dan Saliran (JPS). Hal ini penting bagi menyelesaikan masalah penduduk di Kampung Tanjung Sabtu ini," katanya.



Masalah hakisan tanah dan runtuhan tebing sungai di Tanjung Sabtu.
Masalah hakisan tanah dan runtuhan tebing sungai di Tanjung Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dilanda hakisan bersama Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Dun Buluh Gading, Md Fauzi Mustaffa dengan bot, di sini.

Sebelum itu, Md Fauzi berkata, penduduk yang membina rumah di sepanjang sungai berkenaan mengalami kerugian besar setiap kali berlakunya banjir.

Artikel Berkaitan:

“Ada di kalangan mereka yang hanya mempunyai geran tetapi sudah tidak ada tanah akibat hakisan dan yang amat membimbangkan ia akan berlarutan jika tiada tindakan diambil oleh pihak berwajib.

“Kampung Tanjung Sabtu mesti diselamatkan daripada hakisan yang sentiasa berlaku setiap tahun," katanya kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus itu ketika membuat tinjauan di sepanjang sungai itu.