'Malaysia tidak bahagia' tarik perhatian Dewan Rakyat

P Waytha Moorthy
P Waytha Moorthy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 yang merosot teruk menarik perhatian Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika mencelah sesi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, bertanyakan apa inisiatif yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk memperbaiki indeks berkenaan.

Menjawab celahan Ahmad berkenaan, Moorthy berkata, 'semua pihak perlu memainkan peranan'.

"Bagi menjawab Pontian pula saya rasa indeks kebahagiaan boleh ditingkatkan sekiranya semua ahli dewan di sini bekerjasama untuk satu padukan rakyat.

"Janganlah kita di Dewan bangkit isu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat di luar sana," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu Moorthy dalam ucapannya menjelaskan bahawa pelbagai usaha telah dan akan dilakukan oleh kerajaan untuk memperkukuhkan kesepakatan dan perpaduan rakyat di negara ini.

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 menjunam 45 anak tangga kepada kedudukan ke-80, jauh ketinggalan di belakang negara seperti Tenggara Singapura dan Thailand.

Tinjauan tiga tahun dari 2016 hingga 2018, dinilai berdasarkan aspek Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kesejahteraan, pendapatan, kebebasan, kepercayaan, kesihatan, sokongan sosial, tahap rasuah dan kemurahan hati.

Artikel Berkaitan: