Warga emas cedera, rumah dihempap pokok durian

Kepala Aisyah terima empat jahitan dan keadaan kediaman Aisyah selepas kejadian.
Kepala Aisyah terima empat jahitan dan keadaan kediaman Aisyah selepas kejadian.
A
A
A

KUALA PILAH- Seorang warga emas menerima empat jahitan di bahagian kepala selepas rumahnya di Kampung Seri Pelangai dihempap pokok durian dalam kejadian ribut petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Aisyah Asral, 63 sedang mencuci pinggan di dapur manakala suaminya Ahmad Zubaidi Shafie, 62 berada di ruang tamu.

"Sedang saya leka mencuci pinggan, tiba tiba dikejutkan dengan dentuman kuat dari atas bumbung sebelum kepala saya di timpa jenang tingkap sehingga terduduk.

"Akibatnya kepala saya berdarah lalu suami bergegas mendapatkan bantuan jiran untuk menghantar saya ke Hospital," katanya.

Walaupun kepalanya luka sehingga menerima empat jahitan, namun dia bersyukur kerana tragedi itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

"Syukur kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa walaupun bahagian dapur rumah kami roboh," katanya.

Menurut Aisyah, dia hanya tinggal berdua dengan suaminya manakala lima orang anaknya bekerja dan tinggal di luar daerah ini.

"Pokok durian itu merupakan pokok mati yang berusia lebih 70 tahun dengan saiz dua pemeluk dewasa dengan ketinggian hampir 20 meter.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak menyangka pokok durian dengan jarak lebih kurang 15 meter dari rumah ini akan tumbang disebabkan keadaan ribut semalam," katanya.