Penganjur kaji semula penganjuran larian

Muhammad Irwan
Muhammad Irwan
A
A
A

GOPENG - Pihak penganjur Gopeng Ultra Trail 2019 akan melakukan kajian semula terhadap penganjuran larian itu sebaik seorang peserta yang hilang, Mohammad Ashraf Hassan, 29, berjaya ditemui.

Pengarah acara, Muhammad Irwan Yusuf berkata, kajian itu bagi melihat secara lebih mendalam aspek teknikal termasuklah kesesuaian laluan larian.

"Walaupun laluan ini telah disahkan selamat oleh pihak berkuasa, kita tetap akan lalukan post moterm dan kita akan ambil kira semua aspek untuk dinilai.

"Perkara ini akan kita buat sebaik operasi pencarian di sini berjaya menemui mangsa," katanya.

Menurutnya, penganjuran yang masuk kali ketiga ini memang mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih 1,400 bagi tiga kategori iaitu 25km, 50km dan 100km.

"Sejak penganjuran pertama pada 2017, sekitar 800 peserta sahaja, berbeza tahun ini bila kita dapat penyertaan lebih 1,400 orang dan jumlah itu paling ramai setakat ini," katanya.

Artikel Berkaitan: