Saravanan tidak nafi ada individu terlibat namun tiada kaitan parti

M Saravanan ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Pulau Pinang di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas hari ini. - Foto Bernama
M Saravanan ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Pulau Pinang di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan hari ini tidak menafikan ada individu dalam kalangan anggota MIC terlibat dalam tuntutan palsu berkaitan Progam Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).

Beliau yang juga Timbalan Presiden MIC berkata, bagaimanapun penglibatan individu dalam tuntutan palsu itu tidak mempunyai kaitan dengan parti MIC.

"Saya setakat ini tidak ada sebarang maklumat (mengenainya) tapi saya tidak boleh nafikanlah penglibatan individu, tapi itu tidak ada kaitan dengan MIC,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Flex Penang berhubung usaha memperkasa penempatan pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), di kilang Flex Plan 5 di sini hari ini.

Saravanan berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa pihak yang didengarinya, mengenai beberapa anggota parti politik itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat tuntutan palsu berkaitan PenjanaKerjaya.

SPRM sebelum ini dilaporkan menahan reman 40 individu bagi membantu siasatan isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif PenjanaKerjaya di beberapa negeri menerusi Op Hire beberapa hari lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: