Kedah lancar kempen hari tanpa beg plastik

Simon (dua kiri) ketika perasmikan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Kedah 2019 yang berkuatkuasa 1 April.
Simon (dua kiri) ketika perasmikan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Kedah 2019 yang berkuatkuasa 1 April.
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah komited melestarikan alam sekitar dengan melancarkan Kedah Go Green melalui Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Negeri Kedah 2019 berkuatkuasa 1 April.

Exco Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Kedah, Simon Ooi Tze Min berkata, kempen tersebut melibatkan tiga komponen utama iaitu beg dan penyedut minuman plastik serta bekas makanan berasaskan polistirena.

Menurutnya, pengumuman tersebut sudah dilakukan beberapa kali selepas Mesyuarat Exco Kedah sejak dua bulan lalu supaya peniaga dan pengusaha bersedia untuk menyertai kempen berkenaan.

"Kami sasar kira-kira 70 peratus pengusaha dan pemilik perniagaan akan menyertai Kedah Go Green di seluruh negeri ini dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih lagi sedang menerima pendaftaran dari kelompok ini.

"Kami menyeru mereka secara sukarela untuk menyertai kempen ini dan berdaftar dengan PBT supaya mereka mendapatkan sijil penyertaan," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, di sini.

Simon (enam, kiri) bersama wakil PBT dari seluruh Kedah yang bertindak sebagai orang tengah pendaftaran peniaga di negeri ini.
Simon (enam, kiri) bersama wakil PBT dari seluruh Kedah yang bertindak sebagai orang tengah pendaftaran peniaga di negeri ini.

Hadir sama pada program tersebut adalah pengusaha, wakil pasar raya dan wakil PBT dari seluruh negeri Kedah.

Simon berkata, beberapa negeri seperti Pulau Pinang memasuki tempoh 10 tahun melaksanakan kempen tersebut dan Kedah mahu melakukan perkara sama dalam usaha memulihara alam sekitar dan ekosistem.

Artikel Berkaitan:

"Bagi hari tanpa beg plastik adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Caj 20 sen akan dikenakan bagi setiap helai beg plastik diminta pelanggan dan premis perniagaan perlu menggalakkan dan memperkenalkan beg alternatif (beg non-biodegradable) yang boleh diguna semula kepada pelanggan mereka," katanya.

"Kempen minum tanpa straw pula adalah penyedut minuman itu tidak diberikan kepada pelanggan melainkan sekiranya diminta atau kepada pelanggan yang kurang upaya. Kempen ini juga turut mengharamkan penggunaan pembungkus makanan polistirena dan digantikan dengan pembungkus makanan lebih mesra alam," katanya.

Menurutnya, antara premis yang terlibat dalam kempen tersebut adalah pasar raya, restoran makanan segera, kedai serbaneka stesen minyak, kedai rangkaian, kedai makanan, penjaja statik dan bergerak dan farmasi.

Sementara itu, sebelum majlis perasmian, satu pembentangan dibuat dengan mendedahkan kesan penggunaan beg plastik, penyedut minuman plastik dan pembungkus makanan polistirena.

Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 8 juta tan plastik seperti botol, bungkusan dan sisa lain terlepas ke dalam lautan setiap tahun hingga mampu membunuh kehidupan marin seterusnya memasuki rantaian makanan manusia.

Sehelai beg plastik mengambil masa 500 tahun untuk mereput dan terurai manakala toksik yang terdapat pada polistirena boleh mengganggu fungsi reproduksi ke atas manusia dan haiwan.