Lewandowski selangkah untuk sertai pemain Barcelona

Lewandowski
Lewandowski
A
A
A

BARCELONA mencapai perjanjian secara lisan bersama Bayern Munich untuk menjual penyerang sensasi mereka, Robert Lewandowski.

Perkembangan itu disahkan sendiri Presiden Bayern, Herbert Hainer dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman sosial kelab tersebut.

“Kami sudah mencapai kesepakatan lisan dengan Barcelona.

Amat baik untuk mendapatkan penjelasan daripada kesemua pihak.

“Robert merupakan pemain yang luar biasa dan dia telah memenangi segala-galanya bersama kami.

Kami benar-benar bersyukur dapat memilikinya,” katanya.

Bagaimanapun dalam kenyataan itu, Bayern tidak memberikan butiran terperinci berkenaan yuran perpindahan Lewandowski.

Namun media Sepanyol dan Jerman melaporkan pemain terbaik Fifa sebanyak dua kali itu bersetuju dengan perjanjian empat tahun bernilai AS$50.4 juta (RM224.26 juta) termasuk lima juta untuk penambahan.

Dalam satu kenyataan berasingan, Barcelona turut mengesahkan pemain antarabangsa Poland tersebut akan menyertai pasukan kendalian Xavi namun bergantung kepada keputusan ujian perubatan yang akan dilakukan kelak.

“Barcelona dan Bayern Munich sudah mencapai persetujuan perpindahan Robert Lewandowski dan kini bergantung kepada kelulusan ujian perubatan dan kontrak yang ditandatangani,” kata kenyataan itu.