Buffon masih belum mahu bersara

Buffon bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan selama setahun bersama Parma.
Buffon bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan selama setahun bersama Parma.
A
A
A

PENJAGA gol legenda Itali, Gianluigi Buffon masih belum berniat untuk menggantung butnya dalam masa terdekat.

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh Buffon sebaik sahaja menandatangani kontrak lanjutan selama setahun bersama Parma, sekali gus menyaksikan dia akan kekal bermain bola sepak pada usia 46 tahun menjelang 2024.

“Saya mungkin bersara pada usia 55 tahun. Saya bermain selama 10 tahun di Parma, kemudian 20 tahun di Juventus, setahun di Paris dan kini saya kembali ke Emilia.

“Dalam tempoh 10 tahun ini, saya memikirkan bila saya akan berhenti. Bagaimanapun ia tidak jadi kerana saya sentiasa mahu meneruskan karier saya sebagai pemain bola,” katanya.

Untuk rekod, penjaga gol veteran itu melakukan penampilan pertamanya ketika mewakili Parma pada usia 17 tahun iaitu pada tahun 1995 sebelum kembali ke Stadio Ennio Tardini tahun lalu.

Selain Parma, Buffon juga pernah mewakili Paris Saint-Germain (PSG) selama semusim selain Juventus yang merupakan kelab paling lama diwakilinya.