X

Kindly register in order to view this article
!

Menang tanpa bertanding PRU14 beri untung: Mohamad

Mohamad ketika menjawab soalan media di bilik gerakan utama BN di Kampung Ulu Kanchong, di sini, hari ini.
A
A

SEREMBAN - Diisytiharkan menang tanpa bertanding pada PRU14 lalu sememangnya memberi banyak 'untung' kepada Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kempen PRK DUN Rantau.

Ini kerana beliau tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli poster dan bendera bagi merancakkan lagi kempen pilihan raya.

Justeru tidak hairanlah poster dan bendera BN dilihat lebih mendominasi berbanding PH setakat hari ketiga kempen.

Menurut Mohamad, bahan kempen yang sedia ada itu digunakan sepenuhnya pada PRK kali ini.

"Kita tidak sempat guna pada PRU14 sebab menang tanpa bertanding. Jadi semua kita dapat guna balik untuk rancakkan lagi kempen PRK kali ini," katanya pada sidang media di bilik gerakan utama BN di Kampung Ulu Kanchong, di sini, hari ini.

Bendera BN lebih mendominasi berbanding PH setakat hari ketiga kempen. -Foto Adam Amir Hamzah
Bendera BN lebih mendominasi berbanding PH setakat hari ketiga kempen. -Foto Adam Amir Hamzah

ARTIKEL BERKAITAN: Mohamad tak mahu ambil mudah

Dalam pada itu, dalam perkembangan sama, Mohamad enggan berasa selesa dengan sokongan rakyat terhadap beliau ketika ini.

Katanya, ini kerana ada penduduk yang meminta supaya beliau tidak perlu turun berkempen di kawasan-kawasan kubu kuat BN.

"Sebenarnya semua program (kempen) telah saya atur. Bila saya pergi (turun ke kampung-kampung) mereka kata tidak perlu datang. Tetapi sebagai calon yang bertanding saya tetap kena turun berkempen,"katanya

Mohamad hadir ke Majlis Beramah Mesra di Kampung Sendayan malam tadi. -Foto Adam Amir Hamzah
Mohamad hadir ke Majlis Beramah Mesra di Kampung Sendayan malam tadi. -Foto Adam Amir Hamzah

Katanya lagi, suasana politik di negara politik ini dinamik bersifat dinamik, bukannya statik.

Jelasnya, beliau tidak boleh berasa selesa, sebaliknya perlu sentiasa peka dengan perubahan semasa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus