146 terima darjah kebesaran Pahang

Penasihat Media Pusat Governans, Intergriti dan Anti Rasual Nasional Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim Abdul Rahman menerima darjah yang disempurnakan oleh Tengku Abdul Rahman.
Penasihat Media Pusat Governans, Intergriti dan Anti Rasual Nasional Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim Abdul Rahman menerima darjah yang disempurnakan oleh Tengku Abdul Rahman.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 146 individu menerima Anugerah Kurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan di sini, sempena istiadat memuliakan ulang tahun keputeraan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Daripada jumlah itu, sembilan daripadanya menerima darjah Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Sri, empat penerima darjah Peringkat Pertama Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan gelaran Datuk Indera, lima penerima darjah Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) dengan gelaran Datuk dan 17 Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bergelar Datuk.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Halimi Abd Manaf mendahului senarai 148 penerima pingat dan darjah kebesaran apabila dikurniakan SSAP selain Ahli Parlimen Lipis, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad; Penasihat Media Pusat Governans, Intergriti dan Anti Rasual Nasional Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dri Ibrahim Abdul Rahman dan Ketua Polis Pahang, Datuk Sri Mohd Zakaria Ahmad.

Turut menerima darjah berkenaan ialah Pengarah Eksekutif HSS Engineers Berhad Datuk Ir Ismail Md Salleh, peguam bela dan peguam cara Datuk Abdul Halim Yahya serta Pengerusi Eastern Executive Sdn Bhd, Datuk Maharudin Hassan.

Sementara itu, Exco Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Exco Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakharuddin Mohd Ariff antara yang dibariskan sebagai penerima DSAP.

Tiga yang lain ialah Pengarah Yap Teiong Choon Holding Sdn Bhd, Datuk Phan Foo Beam; Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Tajuddin Mohd Yunus dan Pengarah Urusan Sung Heng Hamper, Koh Yee Keng.

Istiadat pengurniaan disempurnakan Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Pahang yang juga Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

Pada istiadat itu, 17 individu yang menerima DIMP antaranya Pengarah NZS Ventures, Datin Sri Nurzarina Sepran; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Mohd Aznor Mahat; Ketua Pegawai Pelaburan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Dr Suzana Idayu Wati Osman; Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Azahari Othman dan Ketua Pegawai Operasi Konfederasi Badminton Asia, Kenny Goh Chee Keong.

Artikel Berkaitan: