PH boleh buat sesuka hati namun keadilan pasti muncul: Najib

Hamparan Najib di Facebook hari ini.
Hamparan Najib di Facebook hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan boleh berbuat sesuka hati namun keadilan pasti muncul dan rakyat akan menilai sendiri sama ada kerajaan berlaku adil atau telah salah guna kuasa.

Luahan kekecewaan itu disuarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai berkaitan beliau diminta membayar cukai berjumlah RM1.5 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, kuasa kerajaan sangat besar dan boleh membuat dakwaan apa sahaja terhadap sesiapa sahaja.

“Mereka juga ada kebolehan untuk membocorkan apa sahaja - benar atau tidak - kepada media yang dikawal mereka untuk memenuhi misi propaganda mereka. “Contohnya, mereka membocorkan kepada media kononnya saya bersalah memberi arahan untuk mengubah laporan audit muktamad 1MDB.

“Begitupun, apabila pendakwaan dibuat, saya didakwa memohon untuk mengubah draf laporan audit berkenaan,” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Tegas beliau, kerajaan juga boleh menuntut seberapa banyak cukai darinya mengenakan penalti berganda-ganda jika mereka mahu meskipun dana yang dituntut itu masih lagi dalam proses mahkamah.

Menurutnya, jika kerajaan PH mahu, mereka boleh menuntut cukai sebanyak RM5 bilion atau RM10 bilion daripada mana-mana individu kerana ia semuanya dalam kuasa mereka.

“Tetapi itu setakat menuntut sahaja, tidak pasti mereka benar atau berhak menerima.

Artikel Berkaitan:

"Akhirnya, perlu ikut undang-undang, jika kerajaan PH ingin, mereka juga boleh sesuka-hati membocorkan kepada media perihal cukai mana-mana individu.

“Walaupun ia sepatutnya adalah rahsia sebagaimana dikehendaki undang-undang jika mereka fikir ini ada manfaat untuk kepentingan politik mereka,” ujar beliau.

Dalam pada itu, ketika menjelaskan perihal tuntutan cukai berkaitan dana RM2.6 bilion, Najib menegaskan pendapatan diperolehi dari negara luar tidak dikenakan cukai seperti di bawah undang-undang percukaian.

“Pertama sekali, sumbangan politik termasuk dari Kementerian Kewangan Arab Saudi tidak tertakluk atau dikenakan cukai di bawah undang-undang.

“Kedua, pendapatan diperolehi dari negara luar tidak dikenakan cukai seperti di bawah undang-undang percukaian.

"Ini di sebalik hakikat bahawa saya adalah penjaga kepada dana parti dan segala yang diuruskan adalah bagi urusan parti," ujarnya. Di sebalik kerajaan PH, Najib berkata, sudah ada mendakwa beliau menerima RM2.6 bilion.

Kemudiannya mereka turut mendakwa saya empat kali kerana memulangkan sebahagian besar wang itu, empat bulan kemudian,” ujarnya.