Tiga beradik lumpuh iringi pengebumian ibu bekas TKSU

Mustafa (kerusi roda, tengah) dan Azmi (kerusi roda, kiri) menyaksikan upacara pengebumian ibu mereka, pagi tadi.
Mustafa (kerusi roda, tengah) dan Azmi (kerusi roda, kiri) menyaksikan upacara pengebumian ibu mereka, pagi tadi.
A
A
A

JERTIH - [DIKEMASKINI] Upacara pengebumian ibu bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mustafa Ibrahim, Rakiyah Daud berlangsung dalam suasana pilu di tanah perkuburan Islam Kampung Dengir dekat sini, pagi tadi.

Waris dan tetamu bukan sahaja sedih dengan pemergian Rakiyah, 90, tetapi tersentuh melihat keadaan tiga daripada enam anak allahyarham yang mengalami masalah kesihatan turut berada di situ.

Ketiga-tiga anak allahyarham iaitu Mustafa, 62; Azmi, 59 dan Khairi, 53, yang lumpuh akibat angin ahmar berada berhampiran liang lahat.

Sebelum itu, Mustafa yang lumpuh sejak awal tahun ini manakala Azmi kira-kira dua tahun lalu yang menaiki kerusi roda ke tanah perkuburan itu.

Sementara Khairi yang juga anak bongsu Rakiyah yang bertugas sebagai guru di Kolej Vokasional Besut pula terpaksa dipimpin ahli keluarga.

Abang mereka, Abu Bakar Ali, 69,berkata, Khairi adalah yang pertama diserang stroke sejak beberapa tahun lalu diikuti Azmi yang seorang ahli perniagaan dan Mustafa.

Menurutnya, Mustafa diserang stroke kali kedua beberapa bulan lalu ketika bertugas sebagai Atase Kemanusiaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Kedutaan Malaysia di Dhaka, Bangladesh.

Artikel Berkaitan: