Kisah hebat Masjid Tengkera Melaka

Masjid Tengkera dikatakan antara masjid tertua di Melaka dan di negara ini.
Masjid Tengkera dikatakan antara masjid tertua di Melaka dan di negara ini.
A
A
A

DI MELAKA bukan sahaja kaya dengan sejarah tetapi mempunyai beberapa masjid yang menawan dan terserlah.

Antara masjid tertua di negeri itu dan paling menjadi tumpuan ialah Masjid Tengkera yang terletak di Jalan Tengkera.

Bukan sahaja di Melaka, Masjid Tengkera juga merupakan antara masjid tertua di Malaysia.

Nama Tengkera itu sebenarnya ada ceritanya tersendiri. Berdasarkan penulisan sahih, Tengkera berasal daripada perkataan Portugis iaitu 'tranquerah' yang bermaksud benteng pertahanan.

Dibina pada tahun 1141 Hijrah bersamaan 1728 Masihi ketika zaman pemerintahan Belanda, bangunan Masjid Tengkera berbentuk segi empat tepat dan mempunyai bumbung tiga tangkup.

Asas tertegaknya masjid ini adalah empat batang tiang utama yang menjadi tunggak bumbung masjid dan kubahnya.

Seni bina masjid pula ada unsur percampuran antara kebudayaan luar dengan tempatan.

Ia dapat dilihat pada bumbung masjid yang menyerupai bentuk bumbung rumah limas, Istana Sultan Mansur, bentuk pagoda dan piramid.

Artikel Berkaitan:

Keunikan reka bentuk masjid pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu.

Malah, masjid ini juga pernah menjadi masjid negeri di Melaka sebelum kewujudan Masjid Al-Azim.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia & Sinar Harian)