X

Kindly register in order to view this article
!

Streram harap undi simpati Melayu

Streram beramah mesra dengan pengundi di sekitar pekan Rantau, hari ini. Foto Sinar Harian: ADAM AMIR HAMZAH
A
A

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram tidak menafikan orang Melayu mungkin akan menyokongnya atas sentimen simpati.

Katanya, ia susulan peristiwa beliau dinafikan hak untuk bertanding di kerusi DUN Rantau pada PRI14 lalu.

"Hak saya dinafikan bertanding pada PRU14. Mereka (pengundi Melayu) tahu tentang isu ini dan saya terus berjuang ke mahkamah sehinggalah PRK ini berlangsung

"(Elemen simpati pengundi Melayu?) Ya mungkin, simpati kepada saya," katanya kepada media selepas program ramah mesra dengan pengundi di sekitar pekan Rantau, hari ini.

Beliau turut menyasarkan undi sebanyak 20 ke 30 peratus daripada pengundi Melayu.

"Pengundi Melayu agak 'senyap' dan tidak terlalu terbuka menyatakan sokongan. Kalau ada ceramah pun mereka tak keluar.

"Tetapi sokongan pengundi Melayu agak kuat dan saya rasa mereka akan bagi sokongan untuk saya menang PRK ini. Sebab saya selalu bantu dan ambil berat masalah mereka," katanya.

Katanya, antara masalah utama disuarakan pengundi Melayu ialah berhubung isu perumahan.

"Sebelum ini ramai pembeli rumah dari luar menyebabkan penduduk tempatan tiada tempat. Jadi saya minta mereka yang tiada rumah untuk daftar dengan pejabat saya agar kita boleh bantu selepas PRK," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!