Orang DUN Rantau tak suka pergi ceramah: Dr Streram

Calon PH PRK DUN Rantau,Dr S. Streram meninjau kawasan dan sembang santai bersama penduduk kawasan di gerai makan Simpang Linsum Rantau. -Foto Adam Amir Hamzah
Calon PH PRK DUN Rantau,Dr S. Streram meninjau kawasan dan sembang santai bersama penduduk kawasan di gerai makan Simpang Linsum Rantau. -Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Calon PH, Dr S Streram mengakui penduduk di DUN Rantau kurang gemar menghadiri ceramah politik.

Oleh itu, katanya, beliau lebih gemar mendekati penduduk dengan kempen rumah ke rumah berbanding ceramah.

"Sentimen orang sini tak kira Melayu, India dan Cina kurang keluar ceramah. Sebab itu, saya lebih kepada kempen rumah ke rumah, ketuk pintu penduduk untuk jumpa mereka.

"Pemimpin atas boleh buat ceramah tapi saya mahu jumpa penduduk. Cara ini membolehkan saya kenal siapa penduduk di sesuatu kawasan itu," katanya kepada media selepas program ramah mesra dengan pengundi di sekitar pekan Rantau, hari ini.

Dalam pada itu, Streram berkata, beliau sentiasa menganggap dirinya calon 'underdog' berbanding calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan

"Saya masih rasa 'underdog' sebab Tok Mat amat dikenali. Beliau juga bekas Menteri Besar dan cakap sudah buat macam-macam di Rantau.

"Tetapi walaupun Tok Mat menang tanpa bertanding, masih ramai orang datang pejabat saya untuk minta bantuan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Streram tidak bimbang poster dirinya tidak banyak

Artikel Berkaitan: