Surau Al Hidayah mesra warga emas

Ahmad Bakary (kanan), dan ahli kariah surau berkenaan menerima replika cek daripada Sivasubramaniam.
Ahmad Bakary (kanan), dan ahli kariah surau berkenaan menerima replika cek daripada Sivasubramaniam.
A
A
A

IPOH – Penduduk Kampung Tersusun Buntong 2 menerima khabar gembira apabila kerja-kerja pengubahsuaian Surau Al Hidayah di kampung berkenaan berjaya disiapkan mengikut jadual dan sedia untuk digunakan menjelang Ramadan kelak.

Pengerusi Surau Al Hidayah Kampung Tersusun Buntong Ahmad Bakary Ashaari berkata, kerja-kerja pengubahsuaian berkenaan dibuat berikutan ramai permintaan daripada penduduk di kawasan berkenaan yang mahukan surau berkenaan diubah agar ‘lebih mesra’ warga emas.

Justeru menurutnya, hasil dana yang dikumpul daripada ahli kariah di sekitar kawasan berkenaan, kerja-kerja pengubahsuaian surau berkenaan yang bermula Januari lalu telah pun berjaya disiapkan.

“Sebenarnya tidak ada kerosakan apa-apa di surau ini, cuma kebanyakan penduduk mahukan agar surau ini diubah suai kerana ramai dalam kalangan jemaahnya yang telah berusia.

“Semoga dengan ubah suai ini, kami akan dapat terus mengimarahkan surau ini, tambahan pula ketika bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Secara kasar, surau ini boleh menampung sekitar 200 jemaah selepas kerja-kerja pengubahsuaian ini dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Bakary berkata demikian sempena majlis penyerahan cek berjumlah RM5,000 daripada Pusat Khidmat ADUN Buntong yang disempurnakan sendiri oleh ADUN Buntong, A.Sivasubramaniam di surau berkenaan, hari ini.

Difahamkan, kerja-kerja pengubahsuaian berkenaan menjadikan turut melibatkan pembinaan sebuah dewan makan untuk kemudahan ahli kariah di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Sivasubramaniam berkata, pihaknya akan memberikan sedikit sumbangan kepada surau berkenaan sempena Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Saya akan bagi sebab saya akan jaga isu kebajikan ini tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat dah janji dengan mereka Ramadan,

“Sempena Ramadan ini, saya akan berikan sedikit sumbangan kepada pihak surau. Ini sebahagian tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini,” katanya.