Streram puas hati liputan media

Calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram (dua, kanan) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Pekan Kuala Sawah hari ini. Foto: Bernama
Calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram (dua, kanan) ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Pekan Kuala Sawah hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram menyifatkan liputan yang diberikan petugas media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terhadap dirinya adalah amat baik dan memuaskan.

Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau itu berkata setakat ini media memberikan laporan positif terhadap kempen dan dirinya setakat dua hari tempoh berkempen.

“Liputan media yang diberikan saya rasa terbaik untuk saya dan saya melihat media ini sebagai industri berorientasikan perkhidmatan sama seperti perkhidmatan doktor.

“Saya sangat gembira dan ucap ribuan terima kasih kepada media yang memberikan ruang liputan kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media PRK DUN Rantau, dekat sini.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Negeri Sembilan Sabarudin Yeop Hamza pusat media berkenaan yang dibuka sejak 29 Mac lepas dan dilengkapi internet berkelajuan tinggi dan komputer riba, setakat ini telah menerima kunjungan seramai 30 petugas media.

Pusat Media PRK DUN Rantau yang turut mempamerkan pelbagai maklumat termasuk profil DUN Rantau, memulakan operasinya pada pukul 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

PRK Rantau yang akan diadakan 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan Dr S. Streram, bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dari Barisan Nasional (BN) dan dua calon bebas iaitu Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Mohamad yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 terbatal dan tidak sah. - Bernama

Artikel Berkaitan: