Usul turunkan had umur mengundi dibawa ke Parlimen Jun depan

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapan pembukaan "Wawasan Pewaris Bangsa" pada Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, hari ini. - Foto Bernama
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapan pembukaan "Wawasan Pewaris Bangsa" pada Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun sebelum ini akan dibawa ke sesi Parlimen yang akan datang.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pada sesi Parlimen akan datang kementerian beliau sendiri akan membentangkan usul berkenaan untuk dibahaskan.

"Jemaah menteri sudah bersetuju agar usul ini dibawa ke sesi parlimen akan datang, pada Jun atau Julai ini, Kementerian Belia dan Sukan akan membentangkan usul ini bagi pihak kerajaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan umur 21 tahun sebagai had kelayakan mengundi.

Sementara itu, dalam ucaptamanya Syed Saddiq berkata golongan muda perlu lebih berani berfikir di luar kotak dan tidak gentar dalam menyahut

"Usaha negara untuk kembali menjadi Harimau Asia tidak akan berjaya jika tahap pemikiran kita tidak berubah serta tidak berani mencuba sesuatu yang baharu.

"Dahulu apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu bina Putrajaya ramai yang bantah. Begitu juga dengan cadangan bina KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).

"Apabila kita menganjurkan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), ramai yang tidak setuju dan beranggapan ia sebagai mainan golongan kaya-raya dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Tapi sekarang kita lihat banyak syarikat Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam industri pertahanan yang bernilai berbilion ringgit," katanya. - Bernama