2,417 kes baharu Covid-19, lima kematian direkodkan

Sebanyak 2,417 kes baharu Covid-19 dilaporkan, pada Isnin. - Gambar hiasan
Sebanyak 2,417 kes baharu Covid-19 dilaporkan, pada Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,417 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 4,598,391 kes.

Menurut portal CovidNow, sebanyak lima kematian direkodkan dengan dua daripadanya adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,816 orang.

Dalam pada itu, sebanyak 35,758 kes aktif dengan 34,526 atau 96.6 peratus individu dikuarantin di rumah manakala 20 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala, 1,164 dimasukkan ke hospital, 23 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.