Kata-kata ayah akan pergi dahulu jadi kenyataan

Mohd. Noor Che Mat dan Hashimah Ismail yang maut dalam kejadian tersebut.
Mohd. Noor Che Mat dan Hashimah Ismail yang maut dalam kejadian tersebut.
A
A
A

MARAN - "Tidak sangka kata-kata ayah dia tidak sempat melihat rumah baharu kerana dia akan pergi terlebih dahulu menjadi kenyataan," kata Siti Hafsah Mohd. Noor,37, anak kepada Mohd Noor Che Mat, 78.

Siti Hafsah berkata masih terngiang kata-kata ayahnya sebelum terlibat kemalangan di di Kilometer 101 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, semalam.

Menurutnya, arwah berubah sejak sampai ke rumahnya Khamis lalu apabila sering tidur dan mengadu badannya lemah.

"Sejak sampai ayah tidak banyak bercakap dan ayah ada kata tidak dapat pergi ke rumah baharu saya di Nilai dan ayah kata dia akan mati dulu.

"Saya tidak sangka kata-kata ayah ini betul terjadi dan kini ayah telah meninggalkan kami buat selamanya,"katanya ketika ditemui di Hospital Jengka di sini, hari ini.

Perjalanan satu keluarga pulang daripada menghadiri kenduri kahwin berakhir dengan kematian selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 101 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa yang turut maut adalah isteri Mohd Noor, Hashimah Ismail,66, anak tirinya, Nor Suraya Mohd Noor, 30, suaminya, Musa Abdullah, 31, serta anak mereka, Muhamad Zulkarnain Musa, 3.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Norsuraya Mohd. Noor,30; penumpang hadapan (suami pemandu), Musa Abdullah,31, anak pemandu, Muhammad Zulkarnain Musa,3, dan kedua ibu bapa pemandu iaitu Hashimah Ismail,66 dan Mohd. Noor Che Mat,78 yang berada ditempat duduk belakang.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi anak Nor Suraya, Nur Quraitun Ain Musa, 5, patah paha kiri dan masih dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Difahamkan Hashimah Ismail,66 dan Mohd. Noor Che Mat,78 yang maut dalam kejadian itu baharu dua tahun berkahwin dan tinggal di Jengka.

Jenazah Hashimah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu 9, Sungai Kepong, Lanchang manakala yang lain dikebumikan di tanah perkuburan Felda Jengka 6.