Covid-19: 3,259 kes baharu, dua kematian direkod

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia mencatatkan 3,259 kes baharu Covid-19 pada Ahad sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 4,558,170.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal CovidNow memaklumkan, daripada jumlah itu sebanyak dua kes kematian direkodkan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,811 orang daripada lebih 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 35,882 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara setakat ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 34,659 atau 96.6 peratus individu dikuarantin di rumah manakala 24 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,156 dimasukkan ke hospital.

Dalam pada itu sejumlah 43 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 26 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sejumlah 2,703 kes sembuh turut direkodkan pada Ahad dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,524,281 kes.