Wanita keempat terkaya di Rusia maut dalam nahas pesawat

Pesawat membawa pemilik bersama syarikat penerbangan S7, Natalia Fileva terbakar sejurus terhempas. - Foto ATP
Pesawat membawa pemilik bersama syarikat penerbangan S7, Natalia Fileva terbakar sejurus terhempas. - Foto ATP
A
A
A

BERLIN - JERMAN. Wanita keempat terkaya di Rusia merupakan salah seorang antara tiga mangsa yang terkorban susulan insiden pesawat terhempas, semalam.

Kematian Natalia Fileva,yang juga pemilik bersama syarikat penerbangan swasta S7, disahkan oleh syarikatnya.

"Pada 31 Mac 2019, pemegang saham Penerbangan S7, Natalia Fileva,55, maut dalam nahas pesawat Epic-LT yang terhempas ketika perjalanan menuju Frankfurt.

"Pihak berkuasa dilapor masih menyiasat punca nahas," kata syarikat terbabit sambil menambah pesawat turut terbakar sejurus terhempas.

Laporan polis menyebut, pesawat enam tempat duduk terbabit sedang dalam perjalanan dari Perancis menuju bandar Egelsbach, selatan Frankfurt ketika ia terhempas kira-kira jam 1.30 petang (waktu tempatan) di sebuah ladang di Erzhau, berhampiran Darmstadt.

Seorang lagi mangsa yang dipercayai warga Rusia serta juruterbang pesawat terbabit dilapor turut terkorban.

Fileva yang juga isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) S7, Vladislav Filev, disenaraikan sebagai wanita keempat terkaya di Rusia oleh majalah Forbes pada tahun lalu.- AFP

Artikel Berkaitan: