Azis Jamman sah tanding Ketua Warisan Bahagian Sepanggar

Azis Jamman
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Azis Jamman mengesahkan akan bertanding jawatan Ketua Warisan Bahagian Sepanggar dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan bulan depan.

Azis, yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, berkata beliau telah mendaftar untuk bertanding jawatan berkenaan dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan pemimpin bahagian itu.

"Pada pemilihan parti ini kita ingin menyuburkan demokrasi dan siapa sahaja ahli boleh bertanding apa-apa jawatan dalam parti sekiranya mereka memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk menjadi ahli sekurang-kurangnya 15 bulan," katanya.

Beliau, yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kejohanan Boling Piala Datuk Azis Jamman, di sini hari ini. -Bernama