Jambatan Sementara di Kampung Iboi

A
A
A
Kerja-kerja meletakkan jambatan sementara yang siap dipasang sedang giat dijalankan di Kampung Iboi, Kupang.

Kerja-kerja tersebut dilaksanakan oleh 20 orang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah dibantu 10 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta anggota Bomba dan Penyelamat.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata jambatan keluli bermodular 'Old Bailey Bridge' itu mula dipasang petang semalam bagi memudahkan urusan penduduk di beberapa buah kampung yang sering menggunakan laluan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Iboi, Abu Hassan Samah, 62, berkata selepas jambatan asal musnah dalam kejadian kepala air pada Isnin lalu, penduduk-penduduk antaranya dari Kampung Masjid Iboi, Kampung Bok Bak, Kampung Tanjung Luas dan Kampung Tanjung Nering, terpaksa melalui jalan yang agak jauh dan memakan masa untuk keluar ke bandar. - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia

No Image Caption
GALERI

Program Jom Baca 10 Minit

No Image Caption
GALERI

DAIWA 2024