Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat pukul 7.30 malam ini, susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat musim cuti sekolah.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik di bahagian selatan dilaporkan perlahan dari Simpang Ampat menuju ke arah Pedas Linggi hingga ke Port Dickson, Ayer Hitam ke Machap dan Sedenak ke Senai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar setakat ini.

"Aliran trafik hanya perlahan dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak sejauh 25 kilometer,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -Bernama

Artikel Berkaitan: