Op Bantu: Lebih 200 keanggotaan PDRM di Baling

PDRM menerusi Op Bantu menghulurkan bantuan kepada penduduk di Baling, Kedah yang terjejas akibat kepala air dan banjir pada Isnin lalu. - Foto PDRM
PDRM menerusi Op Bantu menghulurkan bantuan kepada penduduk di Baling, Kedah yang terjejas akibat kepala air dan banjir pada Isnin lalu. - Foto PDRM
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 200 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan menerusi Op Bantu di kawasan banjir dan kepala air di Baling, Kedah pada Khamis.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, penugasan itu melibatkan keanggotaan daripada peringkat Kontinjen Kedah, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Menurutnya, jumlah keanggotaan ini akan bertambah setiap hari sehingga operasi ini selesai.

Penugasan itu melibatkan keanggotaan daripada peringkat Kontinjen Kedah, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Foto PDRM
Penugasan itu melibatkan keanggotaan daripada peringkat Kontinjen Kedah, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Foto PDRM

"Mangsa banjir diminta untuk bersabar sementara bantuan tiba.

"Diingatkan juga mana-mana individu untuk tidak mengambil kesempatan ke atas kesusahan mangsa dengan melakukan kes seperti curi. Walaupun setakat ini tiada laporan diterima, tapi ia tidak mustahil," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sejak Baling dilanda musibah banjir dan kepala air pada Isnin lalu, PDRM berpadu tenaga membantu membersihkan tanah lumpur yang telah memasuki rumah-rumah di kawasan Kampung Bukit Iboi dan Kampung Padang Empang.

Laman Facebook rasmi PDRM memaklumkan, pihaknya akan terus menghulurkan bantuan dalam apa jua keadaan sekalipun, kerana keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan sehingga keadaan kembali sedia kala.

Anggota Balai Polis Kupang, Konstabel Muhammad Syafiq Zainel mendukung seorang anak kecil yang menjadi mangsa musibah banjir Kampung Bukit Iboi, Baling pada Isnin. - Foto Facebook Polis Kedah
Anggota Balai Polis Kupang, Konstabel Muhammad Syafiq Zainel mendukung seorang anak kecil yang menjadi mangsa musibah banjir Kampung Bukit Iboi, Baling pada Isnin. - Foto Facebook Polis Kedah

"Kami sentiasa mendoakan keselamatan mangsa banjir berada dalam keadaan yang baik dan semoga tabah menghadapi musibah yang tidak diduga ini," ujarnya.

Pada Isnin, Facebook rasmi Polis Kedah turut memaklumkan tindakan pantas anggota yang bertugas di Balai Polis Kupang, Konstabel Muhammad Syafiq Zainel mendukung seorang anak kecil yang menjadi mangsa musibah banjir Kampung Bukit Iboi sebelum ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Lebih 200 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan menerusi Op Bantu di kawasan banjir dan kepala air di Baling, Kedah pada Khamis. Foto PDRM
Lebih 200 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan menerusi Op Bantu di kawasan banjir dan kepala air di Baling, Kedah pada Khamis. Foto PDRM