Sila log masuk terlebih dahulu.

Ketibaan Ismail Sabri disambut Erdogan

Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
A
A
A

ANKARA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis diberikan sambutan rasmi di Kompleks Presiden di sini.

Ketibaan beliau disambut oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

Perdana Menteri berada di republik itu untuk mengadakan lawatan rasmi selama empat hari atas undangan Erdogan.

Sejurus Ismail Sabri tiba di kompleks itu, lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’ dan lagu kebangsaan Turkiye dimainkan, sebelum beliau diiringi Erdogan memeriksa barisan kawalan kehormat. - Bernama

Artikel Berkaitan: