Tengku Permaisuri Norashikin berangkat Majlis Anugerah Pandu Puteri

Tengku Permaisuri Norashikin (kiri) menyampaikan anugerah kepada salah seorang ahli Pandu Puteri sempena Majlis Pengurniaan Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor yang diadakan di ibu negara pada Rabu.

A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor yang diadakan di ibu negara pada Rabu.

Baginda yang juga Penaung Diraja kepada persatuan itu turut berkenan menyampaikan sijil dan anugerah kepada ahli-ahli Pandu Puteri yang tampil dengan prestasi memberangsangkan sepanjang tahun.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor, Tengku Puan Panglima Raja Selangor, Tunku Irinah Almarhum Tuanku Jaafar.

Turut hadir mantan Penaung Diraja, Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.