Sila log masuk terlebih dahulu.

LP kekal tolak rayuan calon SPM bawa telefon bimbit

Surat yang ditandatangani oleh Pengarah Peperiksaan LP Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Mohd Azam Ahmad kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Sultan Azlan Shah.
Surat yang ditandatangani oleh Pengarah Peperiksaan LP Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Mohd Azam Ahmad kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Sultan Azlan Shah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Lembaga Peperiksaan (LP) menolak rayuan kedua 15 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 yang didakwa membawa telefon bimbit ke dalam dewan sewaktu peperiksaan Sejarah.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran seorang guru, Mohd Fadli Salleh di laman Facebooknya pada Khamis.

Dalam surat yang ditandatangani oleh Pengarah Peperiksaan LP Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Mohd Azam Ahmad kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Sultan Azlan Shah itu memaklumkan bahawa semua bukti kes berkenaan telah diteliti dan diperhalusi oleh Jawatankuasa Khas Rayuan Salah Laku Calon Peperiksaan.

"Dukacita dimaklumkan bahawa jawatankuasa tersebut memutuskan untuk mengekalkan status batal ke atas mata pelajaran Sejarah bagi 15 calon terlibat," menurut surat tersebut.

Surat yang bertarikh 4 Julai itu merupakan keputusan rayuan kedua bagi kes berkenaan selepas kali pertama dibuat pada 24 Jun lalu.

Pada hantaran sama, Mohd Fadli turut mengesyorkan ibu bapa terlibat membawa kes berkenaan ke mahkamah bagi menuntut keadilan terhadap anak-anak mereka.

"Ada unsur kecuaian pihak lain hingga masa depan anak-anak kalian tergadai ni. Naya," katanya.

Terdahulu, pengguna akaun Facebook, Nabeel Naqie mendakwa punca insiden itu berlaku kerana peperiksaan Sejarah kertas dua bermula lewat di sekolah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Ketua pengawas peperiksaan telah memulakan sidang peperiksaan dengan kelam kabut dan pelajar pun kelam kabut masuk dewan," katanya.

Pengguna akaun Facebook, Nabeel Naqie mendakwa punca insiden itu berlaku kerana peperiksaan Sejarah kertas dua bermula lewat di sekolah berkenaan.
Pengguna akaun Facebook, Nabeel Naqie mendakwa punca insiden itu berlaku kerana peperiksaan Sejarah kertas dua bermula lewat di sekolah berkenaan.

Menurutnya, ketua pengawas peperiksaan dipercayai gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa bahan terlarang ke dalam dewan peperiksaan menyebabkan 15 pelajar terbawa masuk telefon bimbit.

"Sudah tabiat letak telefon bimbit dalam poket kan, namun jika ada peringatan sebelum peperiksaan bermula, mesti mereka ingat dan terus keluarkan," katanya.

Dakwanya lagi, semasa peperiksaan berlangsung, barulah ketua pengawas membuat pengumuman kepada pelajar yang terbawa telefon bimbit agar menyerahkannya kepada pengawas dengan janji tidak akan mengambil tindakan.

"Pelajar yang jujur telah terpengaruh dan menyerahkan telefon mereka namun janji itu tidak ditepati.

"Kesemua pelajar yang serah telefon diambil nombor giliran peperiksaan mereka dan kertas sejarah mereka dibatalkan," katanya.

Akibatnya kata Nabeel, kesemua pelajar terbabit yang merupakan pelajar cemerlang tidak layak mendapat sijil SPM dan perlu menduduki peperiksaan ulangan.

"Pelajar terbabit juga tidak layak memohon kemasukan ke universiti awam dan mendapat biasiswa," katanya.