IPD Sepang sangkal dakwaan tidak saman pemandu lori warga asing

Video tular turut memaparkan lelaki warga asing yang disyaki memandu sebuah lori.
Video tular turut memaparkan lelaki warga asing yang disyaki memandu sebuah lori.
A
A
A

SEPANG - Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menyangkal dakwaan sebuah video tular berhubung anggotanya tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki warga asing kerana memandu lori tanpa lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dakwaan itu tidak benar sebaliknya satu saman sudah dikeluarkan terhadap pemandu berusia 28 tahun itu.

"Lori berkenaan ditahan ketika satu operasi di Jalan Taman Mas di sini pada jam 12.40 tengah hari Selasa lalu,” katanya satu dalam kenyataan pada Khamis.

Wan Kamarul Azran berkata, pihaknya kemudian terkesan satu video berdurasi satu minit 27 saat yang tular di media sosial pada Khamis.

Video yang tular di media sosial berhubung dakwaan anggota polis tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki warga asing kerana memandu lori tanpa lesen memandu.
Video yang tular di media sosial berhubung dakwaan anggota polis tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki warga asing kerana memandu lori tanpa lesen memandu.

“Dalam video itu, pemilik video tersebut melemparkan satu tohmahan kepada polis kononnya tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori itu.

“Siasatan mendapati cukai jalan lori berkenaan masih sah. Kita akan mengambil tindakan terhadap syarikat lori berkenaan kerana membenarkan lori dipandu warga asing tanpa lesen memandu sah,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan pemandu lori kononnya anggota polis meminta rasuah RM300, Wan Kamarul Azran bagaimanapun memaklumkan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah akan menyiasat lanjut berhubung dakwaan itu.