Calon Bebas 'sepit' mulut

Calon bebas PRK DUN Rantau, Malar Rajaram beramah mesra bersama penduduk Pekan Rantau di Pasar Malam Rantau hari ini. -Foto Adam Amir Hamzah
Calon bebas PRK DUN Rantau, Malar Rajaram beramah mesra bersama penduduk Pekan Rantau di Pasar Malam Rantau hari ini. -Foto Adam Amir Hamzah
A
A
A

SEREMBAN - Penyepit baju di mulut. Itu cara calon Bebas, R Malar menutup mulut ketika berkempen menemui pengundi di pasar malam Pekan Rantau, hari ini.

Nampak pelik kerana calon sepatutnya beramah mesra dengan pengundi, tetapi Malar tidak berkata apa-apa sebaliknya dia hanya menyerahkan kad nama kepada mereka.

Ketika ditemui media, Malar berkata, dia berbuat demikian sebagai tanda protes kepada kerajaan PH dan BN yang tidak membenarkan calon bercakap dalam PRK Cameron Highlands dan DUN Semenyih.

"Calon harus bercakap, rakyat mahu dengar apa yang mereka mahu sampaikan. Oleh itu, saya mahu protes dan menunjukkan bahawa apabila calon tidak cakap, kita tidak tahu.

"Malah ada pengundi yang pelik tengok saya pakai penyepit. Mereka kata macam mana saya nak cakap kalau mulut disepit," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon Bebas protes, kunci mulut dua hari

Dia juga tidak menganggap protes dua hari itu akan 'memakan diri'.

"Tak ada masalah. Kalau saya sakit guna penyepit, saya akan guna pelekat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mengenai kad namanya yang turut tertera nombor akaun, Malar berkata, sebagai calon dia berhak meminta sumbangan. . "Calon boleh dapat sumbangan kewangan, jadi saya minta sumbangan dari teman-teman dan pengundi kalau mereka percaya. Kita ada tahap sumbangan dan saya tidak akan melebihi tahap itu.

"Saya beri jaminan sumbangan ini digunakan untuk kempen. Saya juga akan dedahkan jumlah sumbangan dari masa ke masa," katanya.