Pro dan kontra dasar OPR negara

Bagi BNM kadar OPR perlu sentiasa dikemas kini supaya urus niaga atau dasar monetari negara selari pergerakan aliran kewangan global.
Bagi BNM kadar OPR perlu sentiasa dikemas kini supaya urus niaga atau dasar monetari negara selari pergerakan aliran kewangan global.
A
A
A

KENAIKAN kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan pada Rabu memang telah diramal oleh pakar ekonomi dalam dan luar negara, malah akan ada kenaikan susulan hingga awal tahun hadapan.

Bagi Bank Negara Malaysia (BNM) yang memikili pakar-pakar kewangan dalam dan luar negara melihat kadar OPR perlu sentiasa dikemas kini supaya urus niaga atau dasar monetari negara selari pergerakan aliran kewangan global.

Ini sejajar dengan dasar ekonomi terbuka negara yang mengamalkan polisi perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Selain itu mengambil kira trajektori kewangan negara agar ia sealiran dengan perkembangan semasa, menyusun fiskal dan akhirnya memastikan ekonomi negara terus mengukuh.

Bagi pengamal atau pengurus dana kewangan yang mengurus dasar monetari negara, mereka melihatnya ia satu keperluan yang harus diputuskan bagi menjana ekonomi negara khususnya untuk negara ekonominya semakin berkembang kerana terencat akibat pandemik dua tahun lalu.

Di sebalik itu, apabila diumumkan status terkini OPR, bank-bank tempatan akan menjadikan dasar OPR sebagai hala tuju terbaharu kadar faedah pinjaman atau simpanan sama ada naik ataupun sebaliknya.

Biasanya dalam tempoh kurang 24 jam setelah OPR diumumkan, maka bank-bank tempatan akan melakukan tindakan pantas mengikut perubahan itu dengan mengumumkan kenaikan kadar feadah terbaharu pada setiap pinjaman semasa yang kita tanggung.

Teori atau formula kenaikan OPR mampu mengekang lonjakan inflasi adalah sesuatu yang amat subjektif. Ini kerana faktor kenaikan inflasi ketika ini dipengaruhi oleh rantaian global dan banyak bergantung kepada permintaan dan penawaran sesuatu pasaran.

Apa pun natijahnya, kita perlu mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang dalam menyelenggara pinjaman kita yang mungkin tidak habis walaupun dihembusi nafas terakhir.

Bagi peminjam yang terdiri daripada peniaga runcit, petani, pengendali kereta sewa, pengusaha kantin sekolah atau peniaga pasar malam, yang ingin mendapatkan pinjaman wang sebagai modal perniagaan, bersedialah ke bank untuk mengetahui status terkini jumlah pinjaman.

Berbincanglah dengan pihak bank. Kalau keadaan agak runcing berjumpa Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mencari jalan penyelesaian.