Sila log masuk terlebih dahulu.

Jangan lupa kawalan kendiri ketika sambut Aidiladha

No Image Caption
A
A
A

PASTINYA dalam sehari dua ini, ramai dalam kalangan kita telah memulakan perjalanan balik ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha. Menurut laporan, dianggarkan 2.35 juta kenderaan akan berada di jalan raya yang majoritinya menghala ke Lebuhraya Pantai Timur untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya korban.

Apa yang penting kita semua jangan leka tentang kawalan kendiri walaupun bilangan kes baharu Covid-19 sejak akhir-akhir ini di bawah angka 2,000.

Merak Jalanan yang menaiki pengangkutan awam iaitu kereta api pada hari raya lalu, merasa teruja dan selamat kerana hampir keseluruhan penumpang di gerabak masih mengamalkan pemakaian penutup hidung dan sentiasa menjaga jarak baik ketika di ruang menunggu atau pun ketika beratus menaiki kereta api.

Kemudahan tandas dan ruang cafe yang ada di dalam kereta api amat memuaskan yang disediakan menerusi koc khas sempena hari perayaan.

Dalam pada itu berkongsi cerita lain, kenalan yang menaiki kereta ke pantai timur melihat kini ramai cuba mencari ruang rehat pada jarak yang sepatutnya ketika berhenti berehat di tempat disediakan oleh pihak pengendali lebuh raya.

Cuma yang perlu diperbaiki ialah meningkatkan infrastruktur atau kemudahan agar perantau atau pengembara tidak perlu menunggu lama ketika ke tandas, surau dan perluaskan ruang medan selera.

Mungkin perbanyakkan tandas bergerak atau kemudahan yang berkonsep mobiliti bagi menampung peningkatan mendadak jumlah mereka yang perlukan perkhidmatan segera.

Bagi peniaga jalanan, elok kiranya sediakan tong sampah supaya mudah orang ramai membuang bahan sisa demi menjaga persekitaran hijau.

Artikel Berkaitan:

Sama-sama kita menjaga kebersihan dan pergerakan dengan mengamalkan kawalan kendiri di waktu Hari Raya Aidiladha.