Streram cium kotak?

Gambar memaparkan calon PH seolah-olah mencium kotak ketika penamaan calon PRK DUN Rantau yang menjadi tular sejak semalam.
Gambar memaparkan calon PH seolah-olah mencium kotak ketika penamaan calon PRK DUN Rantau yang menjadi tular sejak semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Gambar memaparkan calon PH, Dr S Streram seolah-olah mencium kotak ketika penamaan calon PRK DUN Rantau yang menjadi tular sejak semalam, menarik perhatian ramai.

Tanpa menunggu lama, Streram segera memberi respon berhubung isu yang hangat diperkatakan mengenai dirinya itu.

Menurut Streram yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau, beliau bukan mencium kotak itu seperti disangka.

"Saya tidak mencium gambar kotak itu. Apa yang saya lakukan adalah dengan melihat ke dalam kotak sama ada kerosakan atau tidak.

"Saya berbuat demikian (melihat ke dalam kotak) selepas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta saya periksa untuk cabutan nombor calon (PRK DUN Rantau),"katanya.

Gambar yang tular itu dirakam ketika proses penamaan calon PRK DUN Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, di sini.

Artikel Berkaitan: