Sila log masuk terlebih dahulu.

Dr Mahathir wakaf tanah dijadikan tapak perkuburan Islam

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa beliau telah membuat wakaf khas kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah iaitu sebanyak 0.4775 hektar tanah di mukim Kepala Batas untuk Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Shahab Mukim Kepala Batas.

Ujar beliau, jika ia tidak digunakan untuk tujuan asal wakaf, maka pihak masjid boleh menggunakannya untuk tujuan pertanian atau kegiatan lain yang boleh memberi pulangan kepada masjid berkenaan.

“Saya harap tidak ada pembaziran ke atas tanah wakaf yang telahpun diwakafkan oleh individu yang berniat untuk menunaikan salah satu daripada ibadah agama Islam.

“Wakaf ialah salah satu ibadah yang diperuntukan oleh agama Islam. Ia bertujuan untuk serah harta atau wang ringgit bagi kegunaan umat Islam dengan berniat kepada ALLAH.

“Namun demikian, didapati banyak tanah wakaf terbiar, tidak diusahakan untuk pembangunan dan disebabkan itu tidak ada pulangan dari tanah yang terbiar ini,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, beliau berharap agar pihak yang bertanggungjawab memastikan tanah wakaf dapat diurus dengan sebaiknya dan memberi semula pulangan kepada ummah.

“Saya cadangkan sekiranya ia tidak diguna buat sementara waktu, eloklah ia diguna untuk pembangunan atau diusaha tanaman pertanian, jalan raya dan lain-lain.

“Dengan adanya aktiviti sedemikian maka ia dapat dimanfaat dan niat pewakaf tadi tidak jadi sia-sia,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: