'Saya tak ada sebarang kepentingan dalam projek musang king'

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

BALING - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam projek musang king di Gunung Inas seperti didakwa sesetengah pihak.

Katanya, projek musang king itu dijalankan pada zaman sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah lagi.

Muhammad Sanusi berkata, adalah tidak masuk akal apabila mengaitkan dirinya dengan projek terbabit yang sudah lama berjalan.

"Orang kata saya nak lindung projek musang kng, jadi bagitahu tandak kampung pecah, (punca kejadian banjir lumpur), itu tidak betul.

"Buat apa saya nak lindung musang king. Saya tak ada kepentingan apa, ia ditanam zaman sebelum saya. Saya masuk (jadi menteri besar) pokok tu ada dah," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Baling pada Rabu.

Menurutnya, hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta dan angka tanpa memihak kepada siapa-siapa.

"Saya nak sebut tentang 'facts and figures' sahaja kita hanya selamat bila pegang fakta dan 'figure',. persepsi apa pun, cubaan apa pun terpulanglah saya ada fakta dan 'figures', saya jalan yang tu," katanya.

Menurutnya, arahan pemberhentian kerja telah dikeluarkan pada Julai 2020 iaitu dua bulan selepas beliau menjadi menteri besar.

"Arahan itu turut melibatkan kerja-kerja penanaman tanaman menutup bumi dan ia telah pun dilaksanakan oleh mereka yang bertanggungjawab," katanya