Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis tahan wartawan terkenal Pakistan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Polis menahan wartawan terkenal Pakistan, Imran Riaz Khan pada Selasa malam, sehari selepas beliau memberikan ucapan berbaur hasutan mengenai 'perubahan regim’ di Pakistan.

Polis Punjab menahan Imran berdekatan plaza tol lebuh raya ketika penyampai televisyen itu dalam perjalanan ke Islamabad, menurut hantaran video di sosial media.

Peguamnya, Mian Ali Ashfaq memberitahu media Pakistan, wartawan itu ditahan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana mengkhianat.

Imran Riaz yang merupakan penyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan baru-baru ini dalam satu seminar di Islamabad membuat kenyataan keras menentang rampasan kuasa seperti yang berlaku selepas parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) digulingkan dalam undi tidak percaya parlimen pada April.

Ramai di Pakistan melihat penahanan Imran Riaz sebagai sebahagian daripada tindakan keras yang lebih meluas terhadap media dan suara yang menentang.

Penahanan Imran Riaz mendapat kecaman meluas oleh wartawan dan pemimpin PTI dalam catatan media sosial mereka.

Wartawan televisyen Shiffa Yousafzai berkata, penahanan itu melanggar perintah mahkamah yang memberi perlindungan kepada Imran Riaz daripada penahanan polis.

Bekas Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan, Shireen Mazari mempersoalkan sama ada terdapat "undang-undang tentera tersembunyi" di negara itu dan pendapat yang bertentangan tidak dibenarkan.

Artikel Berkaitan:

"Gangguan, FIR (laporan maklumat pertama), dan kini penahanan wartawan Imran Riaz Khan, amat membimbangkan. Adakah hak kebebasan bersuara kita masih ada?"soal wartawan Sana Jamal dalam hantaran di Twitter. - Bernama