Sila log masuk terlebih dahulu.

Bakal haji dapat visa furada diingat guna khidmat PJH berlesen

Gambar hiasan - Foto123RF
Gambar hiasan - Foto123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bakal haji yang mendapat visa furada dinasihat menggunakan perkhidmatan disediakan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan Lembaga Tabung Haji (TH) sahaja dan berwaspada dengan pakej ditawarkan agensi pelancongan yang tidak dilesenkan.

Menurut TH, bagi musim Haji 1443H/2022M, sebanyak 22 syarikat pelancongan tempatan dilantik untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi mengurus pemergian jemaah haji ke Tanah Suci.

"TH ingin memaklumkan bahawa permohonan visa haji selain kuota rasmi Malaysia adalah hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.

"TH sentiasa mengambil berat akan kebajikan para bakal haji dan khuatir dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji kepada umat Islam negara ini,” demikian menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

Agensi pengurusan haji itu turut memberi peringatan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Seramai 14,306 jemaah Malaysia menunaikan haji pada tahun ini selepas dua tahun terpaksa ditangguhkan susulan penularan wabak Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: